Reader's yang selalu intai aku :P

tulisan berkilat

Rabu, 30 November 2011

SaTu kAtA

Orang kate bermula dari kawan kemudian menjadi teman. Dari teman menjadi pasangan. Sudikah awak menjadi isteri saya(sambil berbisik), satu kata yang mencuit hati dan perasaan. Ada sedikit harapan dari hati yang pernah dikasihi. rumit,, tepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi..kalau suka kekasih orang susah untuk dinafikan..tapi untuk bersama mungkin akan dihalang..susah nak diucapkan, berat pula lidah untuk menyatakan. tapi ini kenyataan yang tak dapat dinafikan lagi. saya suka awak tapi awak sudah berpunya. kenapa menyukai saya? lantas dijawab " saya suka sifat2 awak..itu sudah cukup untuk bagi mata saya memandang kecantikan diri awak. paras rupa tak penting bagi saya". mempunyai banyak maksud tersirat. Hanya Allah SWT yang dapat menentukan segalanya. Ya Allah..beri aku petunjuk, permudahkanlah jalan hidupku. InsyAllah segalanya ku jalani dengan tenang. Salam sayang dariku :)

Selasa, 29 November 2011

Owl

Assalamualaikum WBT dan Salam satu Malaysia.

Haiiiiiiii~~~Selamat pagi semua! entry kali nie aku nak share sumthing yg menarik MATA, HATI dan JIWA aku...benda nih dah memikat aty aku sejak berkurun lame dulu. chewahh~ benda alah nie dah lame aku nak beli..cume tak ade duit. bukan mahal mane pown..cume aku jew yg tak bawak duit yang cukup. huhuhu

aku nak korang teka ape benda nie..ia dijual di shopping complex, pasar malam..di pakai di leher, cantik pada wanita, ade macam2 colour, macam2 bentuk, tapi walaupun macam2 ia tetap benda yang same. benda nie haiwan, spesis burung yang berjaga waktu malam, kalu sebut namenye mustiii korang takot..kononnnn~~ haiwan nie ade macam2 colour coklat, putih, hitam & sebagainya. haiwan nie makan tikus kat sawah pada waktu malam.

lagiii~~burung nie termasuklah dalam kategori burung buas(karnivor- pemakan daging) dan merupakan haiwan malam. burung nie mempunyai saiz mata yang besar dan menghadap ke depan berbanding burung2 lain semua matanya menghadap di samping. nilah yang aku berteka teki tadi :

nie laaa benda alah yang aku ADMIRE sgt2 nihh!! Huhh cantik x?

banyakknyeee rambang mata!!


Cantikkkannnn~~ macam2 bentuk..macam2 colour :)

Harapan aku cuma satu. nak memiliki satu rantai bentuk owl!!

Cuti semester

Assalamualaikum.
26 november abah, emak n lokman datang negeri 9 sebab mau angkut barang nyah ke manjung. Abah suruh nyah keje kat manjung aje. So..secara kebetulan aku pon cuti semester. Semua paper dah habis aku jawab sebaik mungkin. Lepas dah packing barang tengahari tuu baru dapat bertolak balik manjung.
Otw balik mak abah singgah tepi jalan beli buah “dragon fruit” feveret aku. Untung laa badan~ then sepanjang jalan berlapar singgah le pasar malam beli makanan. Abah nak belanje makanan feveret aku “Sate” yahoo! Tenkiuuuu ^.^ Kteowg semua makan kat kedai. Punya laa happy tak ingat dunia. Aku ngap..ngappp…ngapp sampai kenyang. Bukan tuu aje aku pulun nasi goreng kampong telur mata kat sebuah kedai ngan nyah, chek, lokman, abah n mak. Hehehehe time2 camtu hujan lebat laa pulak. Satu kedai tu banjir, air naik melimpah2 dari dinding kedai sampai terkena soket2. Giler laaa~ seb bek xkena current, kalu tak naye jew masuk surat khabar muka hadapan. Hehehe yg tak fahamnye, rilex aje tokey kedai. Cepat2 makan terus blahh~
Aku teman nyah bawak van yang penuh barang aku dan dia. Hebatlah nyah si badang~! Hehe macam2 aku sembang ngan nyah. Dia la kaka yg paling aku sayang J nyah ngan aku otak giler2 sikit. Sepanjang jalan tuu kteowg gelak same2, karoke lagu kat radio..radio plak buad hal line tak clear sgt. Hehe sampai pon rumah pada malam tuu. Alhamdulillah syukur. Malam tidur ngan nyah kat katil arwah opah. Malam2 perut meragam lagi. So tak lena tidur =_=”

First Love "♥"

Assalamualaikum w.b.t…
Salam sayang buat semua yang masih mengingati diri ini. Kali nie kisah cinta pertama di bangku sekolah. Cinta pertama ialah seseorang yg kita lihat pada pandangan pertama dan terus memanah ke hati kita. Aku merasakan cinta pertama aku ketika aku berusia 16 tahun. Lelaki nie perwatakannya biasa sahaja, mempunyai mata yang redup, tak berapa tinggi dan tidak terlalu rendah. Di bangku sekolah form 4, kelas dirombak so aku dapat masuk ke kelas pertama kemanusiaan 4K1. Si dia duduk di belakang kerusi aku di barisan 2nd belakang. Aku mula kenal dia sebab dia nie mempelawa aku makan sandwitch bekalan dari ibunya. Lucu tak kalau2 budak lelaki membawa bekal ke sekolah?hehe 
            Seterusnya, nak dijadikan cerita..satu pagi tuu dia minta pinjam pembaris. Lalu aku menghulurkan kepadanya, kemudian dia minta pinjam stapler, pemadam. Aku bagi sambil berpusing kepadanya. Bila aku pandang ke hadapan baru ku perasan yang dia mempunyai pembaris selain pembarisku. Haaaa~~ ape kes? Dalam hati aku tertiba dap~ dip~ dup~
            Berberapa hari seterusnya, aku mendapat berita gembira daripadanya. Dia mendapat tawaran masuk ke Sekolah Menengah Teknik berdekatan dengan Sekolah Menengah aku. Aku punyalah sedihhhh!! Satu : sebab tak dapat tawaran. Dua : Kehilangan kawan seperti dia. Yelahhh aku baru kenal dia, nak berkawan dengan dia tapi hanya sementara. Tapi aku pelik dia tu suka spend time dengan aku dah nak last2 sekolah kat situ.
            Hari yang ditunggu telah tiba, last aku jumpe dekat bangsal sekolah. Dia cakap janganlah bersedih nanti dia akan datang jumpa aku. Aku pegang janji dia. Bila aku balik sekolah aje setiap hari jumaat sebelum solat jumaat, dia tepati janji untuk berjumpa aku. Pada hari lain, bila pulang dari sekolah aku mesti curi2 lihat dia kat tepi tingkap sebab kelas dia tepi jalan. Sedangkan aku kat tepi jalan otw nak balik rumah. Hehe hati nie kadang2 gembira sebab dia pon tunggu aku lalu situ n dapat lihat dia curi2 pandang aku jugak. Sepanjang tu kami berdua bermesej bila free~ 9/2/2007 kami couple bila sama2 suka. Dia nie mat romeo, suka utus surat. Kadang2 tak dapat dari tangan dia, aku dapat dari posto adik angkat aku sendiri c ayip kawan dia. Hehe aku balas laa surat tu dengan hati bunga2. Dia pernah bagi hadiah bingkai gambar, chocolate dairy milk (aku suka), pemadam (memadam kesalahan dia), gambar dia dan macam2 laa..dia layan aku dengan baik.
Sepanjang percintaan aku bahagia dengan dia. Dia tak pernah marah aku, kongkong hidup aku. Aku ase bebas tanpa tekanan. Kalau nak dating pon salu ronda2 taman. Dia naik basikal racing dia warna kuning ataupun biru. Aku pula naik basikal korea aku yang penuh sticker bunga2 tu. Hehehe satu hari pernah berlaga basikal ngan dia gara2 kayuh dengan rapat. dia hentam aku sampai terjatuh laa..seluar jeans koyak, lutut pon luka sampai parut ade lagi sekarang. aku salu date ngan dia kat stadium, pusing la banyak kali stadium tak jemu2 dekat dia kalu rajin jogging same (nak kurus kononnn~) hahahA setiap hari isnin ke pasar malam jalan2 saje. Aku suka la tengok senyuman dia, bahasa dia lembut aje pada aku..tak pernah aku rase sakit aty. Tapi dia nie misteri sikit sebab hidup dia penuh dengan teka- teki. Sampai kompiusss laa aku nak cari jawapan disebalik kate2 dia. Dia suka tuju lagu buat aku. Lagu kembali senyum by izwan pilus, relaku pujuk by tam spider, kenangan terindah by samsons dan lagu peterpan. Tapi paling suka kembali senyum laa..time tuu tengah famous lagu tuu so aku sampai dengar aje lagu tu terus terfikirkan dia. Hehehe ^.^
            Lagi satu hari nak cukup setahun dengan dia. Aku dan dia “break off”. :'( Semua tu berlaku sekelip mata gara2 aku tolak pelawaan dia nak jumpa aku kat pasar malam. Aku bukan sengaja tapi aku demam panas. Tak lalu nak keluar berjumpa dia. Aku minta maaf lalu dia putuskan panggilan. Rase bersalah, aku segera bersiap untuk pergi ke pasar malam. Sampai di sana, aku bertambah sedih sebab tidak Nampak kelibat dia. Aku cube hubungi dia tetapi hampa. Dia off handphone. . . terlalu lama menunggu hingga kaki penat berjalan. Hari makin gelap, aku tidak boleh pulang lewat jadi aku pon berpatah balik dan hujan turun selebat - lebatnya. Basah kuyup baju aku time tuu…airmata mengalir bersama hujan. Ia sebati dengan jiwaku tika itu. Aku pasrah berbaur kecewa teramat sangat. Sampai saje rumah pas aku mandi aku terus text untuk putuskan hubungan kami. Handphone dia off so aku punye mesej pending. Aku setia menunggu dan berharap dia memujuk aku semula kembali kepadanya.
            Tepat jam 12 malam, aku dapati mesej delivered. Aku menunggu dengan satu harapan. Tapi alangkah sedihnya, dia menyambut mesejku itu dengan satu kata2 yg tidak mungkin aku lupa. Titipan darinya “..bersaksikan bulan dan bintang, aku ceraikan kau dengan talak satu”. Ya Allah betul ke ape yang aku bace nie? Aku cam tak dapat time hakikat. Lain yg aku harapkan, lain yg aku dapat. Ape punya hati laa manusia nie..uwaaaa~~~
            Sehingga la kini 3 tahun setengah telah berlalu..2 bulan lalu aku dapat mesej. Seseorang yg berahsia dan mengatakan dia kawan aku. Selepas tu dia call, aku dengar suara dia..aku cam someone. Aku sedikit menggelabah tapi buad tenang. Lame berbual baru la dia mengaku dia ialah ex aku. Tekaan aku tak salah. Dia tetap same, membawa perasaan yg same terhadap aku. Masih menagih cinta pada aku. Katanya “Menyesal tinggalkan aku hingga kehidupannya selepas itu tak bererti..” walaupun dia mengetahui yg aku sudah punya kekasih hati, namun dia kata “Saya minta maaf kerana saya akan tetap tunggu awak biarpun saya terluka”. Aku dah lame maafkan dia. Tapi aku mula rase cam tak selamat aje dibayangi kisah cinta lalu. Aku terus report kat Bf aku. Bf aku call dia, tapi jawapan dari dia “Saya tetap akan tunggu awak”. Aku tak reply. Sejak dari hari tu dia tak ganggu aku lagi.
            Raya haji yang menjelma aku telah pulang ke kampung halaman. Sebelum tidur aku memasang earphone di telinga gara2 bhosan. Aku dengar macam2 lagu dalam mp3 kesayangan aku, hadiah daripada kaka angkat aku. Macam2 lagu aku dengar dan terbuai2 dengan liriknya. Satu persatu lagu telah tamat dan tiba- tiba..lagu kembali senyum menerjah di gegendang telingaku. Ya Allah! Mengalir airmata..da lame tak dengar,,,,tiap bait2 liriknya menyentuh sanubari aku. Aku terus mencapai handphone dan meminta izin dari Bf aku untuk mencari ex aku. Bf aku memberi kebenaran, tidak pernah dia menyekat kehidupan aku. Lalu aku menaip mesej memberi salam. Dia menyambut salam tapi tidak mengingati aku. Dia dah buang number phone aku ke? Takan tak ingat? Ape ape aje laa..then aku minta maaf sebab buad dia cam dulu. Jam 12.05 pagi, dia terus dail number aku. Kteowg bersembang2 sampai laa aku tak perasan jam 1.15. amboiii tak ingat dunia~
            Sampai la sekarang aku berkawan rapat dengan dia. Time aku tak lehh tidur, kawan2 bilik semua dah tidur sebab penat study. Aku pon dah study tadi dengan dorang, tapi kepala tak mahu masuk. Pastu aku pulak tak boleh lelap. Aku text Bf aku tapi dia mengantuk esok ade kelas. Aku terus text ex aku. Aku minta dia teman aku revision bub esok ade paper final exam. Tanpa menolak dia menemani aku di sepanjang minggu exam. Terima kasih, aku hargai pertolongan dia. Macam2 laa ragam aku tapi ex aku dah faham. Kepala aku rase sakit sangat dah telan panadol, tuang minyak cap kapak..ex aku laa yg banyak spend time mesej aku, call aku care dengan aku. Dialah kawan yang paling baik, yang aku ade walaupun aku terluka satu ketika dulu akibat cinta yang tidak menjadi. Terima kasih jernihkan hubungan nie :) 

Isnin, 28 November 2011

Bisnes! Bisnes!!

Assalamualaikum ^.^

Ohh sem 5 kali nie aku suka ber”bisnes”.. Aku terlalu laa bersuka-ria buad bisnes macam2 utk tambah duit poket kat kolej. Antara yg aku jual ialah :


PERFUME “SWEET AIFA”

Perfume yg aku jual nie lembut baunya. Di pos jauh dari PERAK tanah airku..huhu ^.^ Antara pilihan yg paling memukau mata, hati dan jiwa pelanggan aku ialah Pink flower, Strawberry, Apple, Peach, CK, Cupid, Love me, dan Glitter. Untuk pilihan lelaki pula ade dua iaitu Dun Red n Dun Blue. Memang wangiii~~Harga sebotol RM8..aku jual dari blok rumah ke rumah. Alhamdulillah syukur kepada Allah, ramai giler beli perfume ni bub terlalu memikat bauannya J rugi saper tak beli. Setakat nie kawan aku yg dh kawen tuu “borong sakan” sampai 6 ke 7 botol dia beli. Naik sem pon dia nak lagi 8 botol. Alhamdulillah ade pelanggan setia. Pada yg tempah tapi xdapat, sorry sgt2..STOK dah habisss! Next sem okay ;)


NASI LEMAK & BIHUN GORENG

Kebiasaannya awal pagi budak2 kolej aku akan berasa lapar sebelum ke kelas. Kaka aku lecturer kat kolej aku so dy ngan kwn dy yg masak nasi lemak n bihun goreng awal pagi. Target dorang nak beli “Peti Ais”. So aku pon nolong laa..makanan nie di waktu pagi sebungkus RM1.50. Kalau aku rajin aku turun ke office then jual ke rumah2 kat hostel dgn harga. Ramai kata sedap n jadi pelanggan tetap jugak. Dapat la cket komisyen. 


SABUN MUKA : SABUN BERAS

Sabun beras RM6 sebuku. Aku tak start lagi menjual tapi budak rumah aku dah beli dua buku. Sem depan baru ler aku start. 


COKLAT

Coklat yang pelbagai bentuk dapat memukau minat pelanggan utk membeli. Ni kan bentuk coklat love n tulisan xoxo n love yg menarik dah dapat tarik org membeli. Ape pula kalau rasanye yg memikat hati. Kawan aku c Mieza mak dy buad coklat susu or dark choc. Aku dah rase memang sedap. Sebatang coklat aku jual RM1..memang laku ^.^ Aku n budak2 rumah yg bminat nak tolong dy jual, dapat la sedikit komisyen. alhamdulillah :)

Jumaat, 25 November 2011

Minggu Exam!

Assalamualaikum.

Hai kepada pembaca setia blog aku...korang sihat tak? (chewah..cam ade je yg setia baca blog aku)..kali nie entry aku nak citer tentang “MINGGU EXAM”. Lepas cuti 2 minggu tuu…sepanjang tuu aku tak STUDY..hahaha aku dengan rilexnye tak bawak sehelai pon paper utk revision apetah lagi buku/ paper kuliah..dengan lenggangnya aku balik naik bus dengan safar..safar tuu bear aku la(kalu bace entry aku sblm nie korang tahu la)hehehe

Then, bila cuti dah habis..tibalah saat2 utk aku revision bersengkang mata, bertungkus-lumus utk skor sume paper..haha aku percaya ramai jugak org yg suka study last minutes cam aku. Rase nak buat “PERSATUAN STUDY LAST MINUTES” aje…kekeke ohh ye sebelum tuu aku nak pesan kepada sumer, jgnlah tiru perangai aku yg tak elok tuu..hampehh

Dalam minggu exam nie aku banyak didatangi penyakit. Masalah perut aku yg asyik berkeroncong akibat terlalu lapar, masuk angin or gastrik? Then, kepala aku gakk sakitttt sangatt2. Sampai kadang2 aku telan panadol active fast “over limit” tanpa pengetahuan org lain (takot kena marah)..haha pelik, kepala aku tak mereng plak...so untuk hilangkan rase tak selesa tuu, ke hulu ke keyor, ke barat ke baruhhh le aku mencium bau Minyak Cap kapak ke merata tempat..(sorry to my fren c are-da, coz dy xske bau mnyk cp kapak) tapi..ye itulahhh satu2nya cara untuk hilangkan rase pening2, mabuk kenderaan n macam2 yg aku hadapi laaa.

Alhamdulillah, sepanjang exam berlangsung..aku dapat menjawabnya dgn tenang. Kadang2 aje menggelebah itik punye laa..dokk menghafal ape2 aje tips yg aku dapattt dgn kawan aku, jenuhh. Paper last 4P sampai rase cam nak termuntah, bace benda yg same aje... Aku doakan agar kita semua lulus cemerlang utk semua paper sem 5 nie..Amin ^.^”