Reader's yang selalu intai aku :P

tulisan berkilat

Sabtu, 21 Januari 2012

arwah abang izwan pilus

Assalamualaikum wbt.

Setiap yang hidup pasti akan kembali kepada penciptanya yang abadi. Penyanyi dan pengacara yang terkenal dengan lagu kembali senyum, Khairil Izwan Pilus, 33tahun disahkan meninggal dunia di Hospital Ampang seawal 6.15 petang, 20 januari 2012.

Izwan dimasukkan ke dalam hospital berkenaan jam 12.30 tengah malam kelmarin selepas mengidap penyakit demam kuning. Hospital mengesahkan Allahyarham meninggal dunia akibat jangkitan kencing tikus dan kuman dalam darah. Allahyarham menghembuskan nafasnya di hadapan kedua orang ibu bapanya, adiknya bintang AF Aril, kakak, saudara mara serta beberapa rakan baik. Jenazah Izwan dibawa pulang ke Melaka dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam di kampong pelembang, Jasin Melaka.

Kata adiknya Aril AF : “Sehari sebelum dia (arwah izwan) meninggal. Saya tanye dia.. dah tengok kau tercungap2 nie baik pergi hospital. Saya pujuk punya pujuk barulah dia kata okay bawalah dia ke sana.”   

Semoga kepemergian arwah abang diabadikan dihati peminat abang. Hati saya sangat sayu bercampur terkejut dengan berita yang telah disampaikan oleh kakak saya melalui telefon bimbit. Berderai airmata sebak sangat di dada..hati sedikit terkilan kerana tidak sempat untuk berjumpa arwah secara face to face...

Saya sudah lama meminati arwah umpama tergila2kan arwah dari sek menengah dengan lagunya kembali senyum, raut wajahnya seperti someone. Arwah mampu membuat saya tersenyum seorang diri ketika saya melihatnya di kaca2 televisyen sehingga adik beradik meluat dengan tingkahlaku saya. Saya selalu menunggu hari berikutnya untuk mengikuti perkembangan arwah, menyimpan keratan akhbar yang terpapar wajahnya, memiliki lagunya di laptop n telefon bimbit, membuat ring tones n caller ring tones~ emm banyak lagi sebenarnya...Tapi kepemergian arwah saya kena terima dengan redho. Saya hanya boleh mendoakan semoga arwah di tempatkan dalam kalangan orang- orang yang suci dan beriman.....

Apa kata dikesempatan ini kita sama2 sedekahkan Al- Fatihah buat abang saya IZWAN PILUS. Suara abang..senyuman abang..wajah abang..gurauan abang..akan tetap diingatan saya selamanya. Amanlah di sana. InsyAllah.

sincerely,
beautiful name with beautiful heart_ika
 
the latest picture bila arwah terlantar di hospital...
nie girl abg wan, arap dia tabah dan meredhoi pemergian arwah..
akan merindui senyuman dan suara arwah...kembali senyum..
semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al- Fatihah

2 ulasan:

  1. harap Allahyarham Izwan Pilus tenang di alam sna :'( Al-Fatihah!

    BalasPadam
  2. al-fatihah. arwah dalam kenangan :'(

    BalasPadam