Reader's yang selalu intai aku :P

tulisan berkilat

Isnin, 24 September 2012

PTD Manjung ke CH

22 & 23 Sept 2012

Assalamualaikum. hai blog! lame tak berkunjung. bukan ape sebab waktu cuti sabtu ahad nie aku pergi CAMERON HIGHLANDS (CH), dengan family aku. pejabat mak aku wat family day ke sane. bertolak pagi sampai petang then check in kat Apartment Equatorial Cameron Highlands. suasana sungguh cantik dengan pokok bunga berwarna warni, ladang teh yang terbentang luas, jalan lereng bukit yang penuh dengan orkid liar. tapi korang tau tak cuaca terlampau sejuk, menggigil satu badan aku..brrrrr----meh aku tunjuk pic apartment kiteowg stay..


Apartment Equatorial Cameron Highlands : 1 bedroom apartment
ade katil besar, bilik air(tab), almari dan tv kat dalam bilik

nie pulak ruang tamu yang luas dan ade koridor kat luar tu. 
boleh lepak-lepak hirup udara yang fresh! leh tengok permandangan yang cantik..

nie pulak bahagian LOBBY yang luas dan mewah. 
check in sini dulu, baru masuk apartment okay >,<


makanan kat sini pon sedap-sedap. kenyang babe..



kalau yang suka memosing nk bergambor tu, ha tempat nie memang sesuai.
ala aku pun banyak posing tangkap gambar kat situ. best


*korang tak payah pasang aircond sebab memang dah sejuk, jangan lupe bawak sweater tau! 
nanti entry lain aku masukkan pic waktu pg CH nie...bye-bye sayang korang (:


salam sayang,
riwayat cinta

our date

16 sept 2012,

salam. dear blog! date nie aku date :) hehe seronok dapat jumpa special one. kua jejalan ke giant, dea hadiahkan patricia :) dea jugak belanje air yogurt bliss. yes! my feveret one! date tak lame pon, then balik. but it's really really make me happy! ♥


so sweet~



salam sayang,
riwayat cinta

Jumaat, 14 September 2012

Ya..Hanya aku...

Khamis, 13 sept 2012.
Semalam tahap kesabaran aku dah hilang. yer..memang aku tahan dan bersabar je selama nie. kenapa engkau tikam aku senyap-senyap..! tahap kesabaran aku tu ade batasnya orang yang tak tahu kebenaran cerita mesti fikir aku aje yang salah dan kau yang betul! sedangkan salah tu berpunca dari diri kau tu! apa jenis spesis lah kannn hurmm
Bayangkan bila aku duduk pun, aku masih boleh fikir apa yang dah berlaku. kadang-kadang terdetik jugaklah kat hati kecil aku nie..apa kesalahan besar yang aku dah buat!!?? sampai aku dilayan sebegitu rupa? kau bagitahu aku tentang kesilapan aku bila aku bertanya. tapi aku rasa alasan kau tuh tak relevan dengan apA yang kau perlakukan terhadap diri aku. kenapa kau tak terus terang dengan aku tentang kau tiru hasil kerja aku!? kau fotostat segala titik peluh aku. then, dengan bangga kau buat-buat macam kau tak pernah lakukan. rasa geram dan hilang pertimbangan jugaklah kan. so, aku luahkan perasaan dekat someone yang rapat dan boleh dipercayai. biar habis kredit aku, asalkan perasaan aku tidak membuak-buak.
selama nie aku terlalu mengambil berat tentang perasaan kau, aku akan menghulurkan bantuan bila-bila kau perlu, aku jugaklah yang teman kau bila kau sunyi..time kau tak de kawan, jaga kau waktu kau sakit, makan sama-sama, tengok cerita sama-sama, lepak sama-sama, jalan sama-sama, berborak sama-sama..memang kita terlalu rapat. biar aku je yang terluka dengan sikap kau, asalkan kau gembira. even kita selalu gaduh, tapi tak lama kemudian elok balik. memang kau bantu aku bila aku perlu, sampai aku terasa terhutang budi. terima kasih. aku bukan nak ungkit nie semua, tapi kau yang paksa aku untuk cakap benda nie semua. kau tak boleh ambil kesempatan terhadap aku! umpama kau tikam aku! umpama kau tak ikhlas selama nie! umpama kau tak pernah kenang budi aku...atas pengorbanan yang aku buat terhadap kau, waktu kita sama-sama dulu. mudah betul kau lupakan! kecewa sungguh hati aku! sampai ada ketika tu, kau pentingkan pakwe kau dari aku, bila sms aku..kau tak pernah nak balas, kalau pakwe kau cepat jer kau balas. bukan suami kau pun..bukan seratus ringgit pon kau habiskan untuk balas sms aku yang satu tu!! tapi aku?? mengalah dan selalu fikir positif kau takde kredit. teruskan perangai kau tu, teruslah tepuk tangan bergembira. angkatlah tangan yang kau dah menang..dah menang sakitkan hati aku. tahniah! mungkin hanya aku yang boleh bertahan dengan sikap dan perangai kau..kalau orang lain mungkin tidak. teruskanlah..teruskanlahhh aku akan jauhkan diri dari kau..
aku bukan nak cakap aku macam pari-pari yang tak pernah buat salah. aku hanya manusia biasa seperti kau! tapi kenapa hanya kesalahan aku saje yang kau nampak??? perangai kau yang "campak batu, menyorok tangan tu", menyebabkan aku serik untuk bersahabat. neway tenkiuu kepada somebody yang aku dah call tuh, you're the good listener! tenkiuu jugak kepada readers aku yang bersungguh-sungguh baca entry aku sampai habis. *ntah2 'dia' jugak bace entry aku. fine! kalau rasa bersalah minta maaf dekat aku, oke? aku sebenarnye taknak panjang cerita jugak. sume aku banyak terkilan. so jadikan perkara yang berlaku kepada aku nie sebagai titik permulaan kepada korang untuk "berhati-hati", bila berkawan, bersahabat, bercinta or what ever lahh yerr..okeh dadaaa
salam sayang,
Atiqah Zamri 

Khamis, 13 September 2012

seribu kali sayang..

SAYA NAK KONGSIKAN CERITA NI KEPADA KAWAN2 SEMUA..SAYA COPY DARI SALAH SEORANG RAKAN BLOGGER ...MMG ELOK BAGI SUAMI BACA NI...


Seorang isteri mengadu pada suaminya…..”bang badan saya sakit-sakit”….lalu suami berkata….”itu la buat kerja banyak sangat, sakit urat kot”.



Seorang isteri mengadu…”bang saya rasa pening rasa nak pitam”…lalu suami berkata….”dah lah tu…makan panadol…..penat sangat tuh”.



Seorang isteri mengadu…..”bang duit belanja dapur dah habis”….lalu suami berkata…”aik…kan baru bagi lagi …takkan dah habis…pening la macam ni”.



Seorang isteri mengadu…”bang saya rasa penat nak bersama”….lalu suami berkata…”ala asyik penat jer….stress betul”.



Seorang isteri mengadu …..”bang badan saya kebelakangan ni rasa sejuk-sejuk jer, kenapa?”...lalu suami berkata…..”nak demam kot”.



Seorang isteri mengajak…..”bang boleh bawak saya bergi buat check –up tak”…lalu suami berkata….”lain kali la…abang busy…lain kali kita pergi”.



Seorang isteri memohon…..”bang….boleh bagi saya cuti satu hari….saya nak berehat…abang bawak anak keluar…saya betul-betul dah penat”….suami berkata…..”alaaaa…abangpun penat juga”.



Walhal seorang suami waktu cutinya boleh tidur selama mana diingini…..

Namun suatu hari….



Si isteri merayu sambil menangis….”Bang sempena hari ibu ni saya nak minta satu permintaan, boleh tolong saya tak? Tolong bawa anak-anak keluar sekejap tak saya nak tidur”.



Lalu melihat kan airmata dan rayuan isteri tadi suami bersetuju….”baiklah abang bawak pergi rumah mak…nanti petang abang balik”.



Namun, sekembalinya suami ke rumah……si isteri dilihat tidur dengan nyenyak dan apabila dikejutkan si isteri rupanya telah tidur untuk selamanya…..



Akhirnya suami tadi sedar tapi segalanya dah terlambat baginya….



SAYANG….abang mintak maaf….



Bila SAYANG mengadu sakit2 badan…. Abang sangkakan SAYANG sakit urat…..tapi penyakit itu telah menular dan menyakiti SAYANG di segenap nadi SAYANG….



Bila SAYANG mengadu pening dan rasa nak pitam…abang sangkakan…..penyakit biasa dan suruh SAYANG telan panadol jer….



Bila SAYANG mengadu duit belanja dapur dah habis…abang bising cakap abang pening kepala pikul beban sorang-sorang…walhal SAYANG juga pening memikirkan macamana nak berjimat sampai SAYANG nak beli keperluan SAYANGpun tak cukup….sampai SAYANG nak beli barang-barang peribadi SAYANG pun susah….sampai SAYANG nak menggantikan pakaian dalaman SAYANG sebulan satu pun tak der….



Bila SAYANG mengadu penat nak bersama…..abang selalu marah2 dan berhasrat nak cari lain…walhal sel-sel badan SAYANG dah x mampu nak tanggung beban tugas seharian SAYANG di rumah….



Bila SAYANG ajak abang pergi buat check up…..abang kata abang sibuk walhal kerja opis abang tak pernah habis…..dan masa yang ada kekadang abang tolong kawan-kawan…..



Bila SAYANG mengadu rasa sejuk2 badan dan abang kata nak demam rupanya itu tanda-tanda SAYANG dah nak pergi…..



Bila SAYANG mengadu nak cuti sehari….sebagai majikan SAYANG …abang tak pernah bagi cuti walau setengah hari…..kesian SAYANG ….



SAYANG…maafkan abang….abang tak pernah nampak semua kesakitan yang SAYANG alami tuh….kuatnya SAYANG hadapi setiap kesakitan itu plus dengan kerenah abang dan anak-anak. Abang tak pernah hirau nak baawak SAYANG ke klinik buat full body check up kerana abang ingat semua tu sakit biasa. Nampak sayang sentiasa sihat dan tersenyum waktu abang balik…Cuma sayang mengadu macam tuh jer…..



Maafkan abang kerana tak pernah ambil serius kesihatan SAYANG …..Namun….semuanya dah terlambat…. SAYANG dah pergi untuk selamanya….segalanya takkan berpatah balik….Sekarang selama seminggu pemergian SAYANG …..abang ambil cuti menguruskan anak-anak dan abang rasa keletihan dan kelelahan SAYANG …..bagi abang kerja di opis masih juga ada waktu abang berehat….agaknya sebab tulah SAYANG penat sangat….



Maafkan abang kerana semuanya sudah terlambat…….
 
~TERSENTUH HATI TIAP KALI MEMBACANYA~

MP3

Assalamualaikum, hai blog pagi nie aku masuk opis seawal 7.57am. sejuk betul sorang-sorang dalam bilik nie. aku tak beli sweater lagi. bila sorang, teramat la boring sebab tak de kawan nak bercakap. so aku dan mp3 aje la yang jadi peneman aku buat mase sekarang. bunyi cam sedih aje kan? huhuhu aku malas nak keluar bilik sebab banyak keje nak kena buat. tapi sesekali tu terdengar jugaklah orang opis nie bersembang tentang anak-anak dorang. kalau nak tau, semua dah kahwin. aku aje belum. aku masih muda. alahaii \(-_-")/

Oh duit rebet! ♥

Assalamualaikum, good morning my dearest blog! ♥ alhamdulillah aku terima berita baik dari kakak aku, chek. dengar citer aku punye result time blaja kat kolej uniti boleh tahan. oleh itu, aku akan dapat duit rebet sebanyak 3k kot..syukur Ya Allah. tak sia-sia aku berusaha belajar selama nie. syukur alhamdulillah :)

Selasa, 11 September 2012

Meeting!

Khamis, 6 Sept 2012,


Assalamualaikum, blog-blog! erm hari nie tau tak aku ade meeting ke Ipoh 7.30 pagi hingga 3 petang. Awal-awal pagi lagi aku dah terpacak kat depan pintu office, gara-gara takut terlewat. haha then park motor turun dari motor dan naik kereta jabatan. Sepanjang masa kat sane aku punyalah nervous tak tahu nak buat apa. bayangkan aku masuk bilik meeting dan berkumpul dengan semua pekerja 'key puncher', macam aku. Masing-masing bersuara apabila ditanya. aku? huhuhu duduk diam kat sebelah kak ida, PP aku. errr act. aku tak pernah berhadapan dengan situasi macam nie. garu kepala jugaklah! mujurlah aku berkenalan dengan kak syakira, key puncher macam aku dari Larut Matang/Selama. dia banyak beri info dan terangkan kerja yang akan aku buat. huhu orang pejabat buat Skype khas untuk key puncher. aku pun tak pernah guna benda alah nie. so belajar lah. then breakfast n lunch terus kat sane dengan kak Ida dan Puan Farah. balik aje, mata terpejam kejap dalam kereta jabatan. Sampai opis, aku sambung buat kerja aku yang tergendala. sekian wasalam.



Key Puncher

Assalamualaikum,


dari kiri belakang : kak ida, aku, makcik lah, kak yam, en fauzi, kak masha dan makcik moon
yang duduk dari kiri : kak ada, puan nor (bos) dan puan farah (PA bos)

Good morning my dearest blog! Today, nak cerita tentang aku dan tempat kerja. setelah mendapat dip 30 0gos 2012, mak offer aku kerja sementara kat atas office mak Jabatan Pertanian AgrIS GeoPortal. Pejabat aku nie dekat Manjung. kalau naik scoot, kira-kira 11 minit dari rumah. Alhamdulillah, daftar masuk kerja 3 Sept 2012 sebagai key puncher. ala kira macam kerani la.

   First day, jejak kaki ke tempat kerja takut-takut sebab aku akan berhadapan dengan situasi baru. yela aku masuk kerja nie pun di usia yang agak muda 21 tahun. Semua rakan sekerja pulak jauh lebih berusia dari aku. Tapi aku tahu, semuanya kian berubah dan aku kena hidup berdikari. nak duit poket kena lah keluar bekerja. hehe

   Waktu kerja tu, aku perkenalkan diri sebagai Ika. Rakan sekerja aku pula ialah Kak Ida, Kak Masha, Makcik Lah, Makcik Moon, Makcik Mariam dan En.Wazir. Manakala bos aku, Pegawai Pertanian ialah Puan Hafizah dan Penolong Pegawai Pertanian ialah Puan Farah. Before this, kakak aku chek dan ayang pernah kerja kat pejabat nie. Now, aku pulak yang kerja sini. So orang opis dah kenal lah kami adik beradik. Lagi pun emak kan kerja kat opis pejabat tanah kat bawah opis aku nie. Jadi orang kenal lah.

Says: Doakan segalanya mudah dan berjalan lancar. InsyAllah, aku akan kerja sebaik mungkin!

Segulung Diploma, Tenkiu ALLAH

Pic candid di bangunan Putrajaya :)


Assalamualaikum, syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurnianya aku telah menamatkan zaman belajarku dengan segulung Diploma. Alhamdulillah segala penat lelah aku selama 3 tahun nie telah membuahkan hasil. Pada 30 Ogos 2012, aku telah grad di Putrajaya International Convention Centre (PICC).
   Wow! so exited. Akhirnya Kolej Uniti telah melebarkan sayapnya. hehehe Merasa jugaklah grad kat tempat orang yang boleh dikatakan famous. Bangunan dan jalan raya di PICC sungguh menarik kau memang the boom lah. Sampai abah selalu terlanggar lampu isyarat merah gara-gara pening dengan kecanggihan alam. Aku pergi sane dengan kedua emak dan abah tercinta dan dua adik kesayanganku. Kami bermalam kat IPD, Putrajaya. Kakak sulung aku pulak merupakan setiausaha uruskan konvokesyen aku nie. tenkiu so much :-*
   Waktu konvo tu, aku duduk sebelah Kak Wana dan Syira. Aku tak jumpe budak rumah. Ramai sangat time tu, so crowded -_-" aku pun tak sempat jumpa semua kawan-kawan dan bergambar dengan dorang. ermm sedih rasa hati bila ada someone buat-buat tak nampak aku time bertembung. Hati orang tidaklah kite ketahui. Biarlah Allah yang buka mata dia.
   Tema baju aku warna merah. Punya banyak songeh aku keluar masuk, keluar masuk kat kedai nak survey harga yang terbaik. At last rm160.00 jugak aku melabur untuk baju tu. Nasib baik cantik, aku suka3. So now, time nak ke stage aku berselawat agar semuanya lancar. Aku perlu fokus..fokus! fokus!! Supaya tak tersungkur. Aku lemparkan senyuman untuk tutup rasa gugup. Tapi hanya Allah saja yang tahu betapa gemuruhnya dada aku kat atas stage yang besar lebar tuh. Alhamdulillah, everythings will be gonna okay dari first till the end time konvo tu :)
Ustazah Yuzana, Kak Sara, kakak sulung, aku, emak, Kak Su dan Lokman
   Habis sesi bergambar kat stage dengan semua graduan DPS 2012, aku pun rushing-rushing turun ke ground floor untuk snap picture kat studio bawah sebab jam 3 petang kena pulangkan jubah konvo. Kak Su dan Kak As bagi sejambak ros oren. tenkiu ;-* Kak As tak datang sebab ade hal. Then, kakak sulung aku bagi sejambak ros merah kat aku. tenkiu ;-* Family aku pun bagi sejambak ros merah jugak. Oh tenkiu, sayang korang! ;-* Ustazah Yuzana dan Kak Sara pun bagi bear pink cute sungguh! tenkiu-tenkiuu ;-*
   Alhamdulillah, hari konvo yang sangat seronok. Tapi lagi best kalau semua ahli keluarga dapat pergi. Tapi dua orang kakak tercinta enyah dan ayang tak dapat pergi sebab uruskan bisnes abah. Dan tak lupa juga, termasuk adik kesayangan aku, Ikin..Dia ada percubaan SPM so tak dapat attend jugak. Neway good luck SPM nanti. Awak pasti berjaya! :-) Akhir kata, aku sangat hargai semua yang berlaku pada hari konvoKU.
Salam sayang semua ;-*


Sabtu, 8 September 2012

sibuk..sibukk

Assalamualaikum.

Sekian lama memulaukan blog aku yang makin bersawang nie..banyak perkara yang tersangkut-sangkut untuk diceritakan..sekarang nie barulah ade mase nak mengintai kau blog..huhuhu jgn touching-touching aw. act, aku baru saja menamatkan kehidupan aku kat kolej uniti. banyak pengalaman yang aku kutip dari tahun 2009 hingga 2012..kehidupan nie macam roda..sekejap aku kat atas dan sekejap aku ke bawah. tapi inilah pentas kehidupan! acecece~ segala pahit getir telah pun aku lalui bersama rakan-rakan sekolej. dari tiada kemudahan hinggalah semakin maju uniti nie. alhamdulillah makin banyak perubahan yang telah berlaku sepanjang 3 tahun nie dan dalam 3 tahun nie jugaklah aku dapat kenal ramai orang, pensyarah, anak murid dan kawan-kawan seperjuangan..banyak ilmu dan pengalaman yang ditimba tika mengejar impian untuk menjadi seorang guru tadika. nampak aje mudah tapi bukan senang yer kawan-kawan.

oh ye! dah penghujung semester so kiteorang kena ber'praktikel' dari bulan may 2012 hingge august 2012, aku praktikel sebagai cikgu TABIKA KEMAS TENGKERA, Melaka. tapi semua tu tak sampai 3 bulan. sepanjang tempoh tu banyak yang aku belajar untuk meningkatkan usaha aku  bila jadi seorang pendidik. tahap keyakinan, keberanian dan disiplinkan diri pun kena tinggi. makin lama kerja makin sayang kat students aku..dan dapatlah beramah mesra dengan cikgu bimbing n parents students aku. akhir praktikel aku dapat hadiah dari anak murid yang comel. rasa sebak time berpisah. dorang semua budak baik, dorang pelok dan cium aku waktu last day. rasa nak menangis tetapi aku tahan, tapi bila aku terlihat budak bergenang aje airmata, so terus airmata aku laju mengalir. ade mase kite berjumpa lagi. bye semua, cikgu sayang kamu! :) 

Timbul rasa bersyukur sebab ada family yang selalu support n happykan aku walaupun kami jauh beribu batu. waktu aku hampir jatuh doranglah banyak membantu. terima kasih. Act, time belajar sampai time praktikel macam2 dugaan yang aku harungi. nanti aku cerita kat lain page. tapi semua tu mematangkan pemikiran aku untuk menempuhi cabaran bila berhadapan dengan pelbagai situasi. Ya Allah! kuatkanlah hatiku.

Jumaat adalah penghulu segala hari, dan pada hari yang mulia itu jugalah aku berpisah dengan students, pensyarah, rakan-rakan, dan orang yang mengenali aku sebagai kundur. ye panggilan yang aku sandang dari semester 1 sejak aku berlakon kisah dongeng bagi teater "putih"...hari tu jugaklah aku bergerak balik ke manjung. mujurlah jalan tak jem. aku bergerak pulang dengan myvi yang sarat dengan barang-barang aku. so memang penuh ler myvi. aku penat kemas rumah kakak aku so otw balik dlm myvi aku tertidur. driver aku, chek pun capture gambar aku tido..haha lawak. naseb tak ngange luas cam hippo ;p oh ye! singgah mcD belanje family. dah sampai uma angkat barang masuk bilik, makan kueyteow kungfu mak buat n satay yg abah belikan. alaa kami order dlm telefon otw blik time tu. hehe terima kasih muahhh

18 Ogos 2012 merupakan hari untuk shopping kasut raya dengan chek. sebab abah bagi tiap adik beradik duit poket utk beli barang raya. tenkiu muahh so aku pegi tesco ngan family utk beli kasut raya wedges kat missSpring rm54.90..amboi harge nakk gahh..haha AAK? hehe then pusing2 tesco shopping raya. oh besday dewa today. happy birthday, tak call pon, tapi awak call kire oke laa tuu. huhuhu hah esok rayyaaaa!!! weeee~~~

Hari nie hari raya, pagi raya percaya atau tak, aku pergi puyuh segari tolong nyah bagi makan minum puyuh. haahaaa pengalaman, seronok dapat tolong kakak kesayangan aku nie :) then dah zohor balik bersiap semua adik beradik pakai jubah dari vietnam. hehe semua nampak lawa, dan nampak kurus sebab jubah hitam :p hehe bersalam2 antara abah mak n adik beradik, dapat duit raya, tenkiuuu muahhh pastu kteowg konvoi balik kg.pasir salak...terus menuju taman barzarkh arwah atok nawi. kmudian gerak ke kg. gajah..makam opah n atok omar..ermm rinduu piluu rasenye. Al-Fatihah

Raya Ke-3, semua family belah mak dan abah pun berkumpul..family kami buat kenduri tahlil dan open house kat rumah kami sendiri ade la jugak ajak rakan-rakan n family terdekat untuk bertandang ke teratak en zamri dan pn umi nie. hehe memang penat, macam2 menu dibuat. kek coklat lembab, agar2, laksa, puyuh goreng, rendang, jimmy asmara dan macam-macam. alhamdulillah semua habis dimakan. oh ye! family wan datang beraye. huhuhu so sweet~
gadis terluka