Reader's yang selalu intai aku :P

tulisan berkilat

Khamis, 18 Oktober 2012

orang sedar..

mak..
orang sekarang dah sedar dengan kesalahan yang orang dah buat kat mak selama ini..orang ikhlas hati nak minta maaf pada mak..harap mak maafkan orang..orang tau selama ini orang selalu susahkan hati mak..orang tak pernah tolong emak kat dapur..sedangkan mak masak paling terbaik lah kat dunia nie..anak mak yang lain semua rajin, pandai memasak..cuba macam-macam resepi mak..tapi orang? orang je yang tak reti masak..orang anak mak yang malas nak ke dapur..makk maafkan orang tau..orang tak reti masak..tapi orang cuma tahu tolong kemas rumah, sidai kain, angkat kain, basuh kain, cuci pinggan mangkuk je..tu pun bila orang kelapangan..tapi orang janji sabtu ahad orang tak kerja, orang tolong mak..orang perasan akan perubahan orang..orang keras kepala, degil, selalu badmood dan susahkan mak..kadang-kadang mak suruh orang buat itu buat ini..orang rasa tak adil sebab kenapa mak tak suruh adik beradik yang lain?..orang rasa susah..orang rasa tak adil..kadang-kadang orang ignore je cakap mak daripada buat apa yang mak suruh..orang tau mak sedih..terasa dengan sikap orang..malah mak cuma diam aje..tersentuh dengan perangai anak mak yang sorang nie..orang tahu mak selalu suruh orang sebab mak nak orang reti buat kerja..nak orang jadi cerdik pandai..nak orang tahu yang mak buat semua tue sebab mak sayangkan orang..sebab mak tak pernah lupakan anak mak sorang yang comel nie..hehe

mak..
orang nie bukan je ingkar cakap mak tapi juga kadang-kadang lawan cakap mak..orang cakap ahh laa..orang cakap ihh laa..orang tinggi suara laa..orang tahu perkara tu tak baik..dan tak boleh cium bau syurga..tapi orang buat jugak mak..mak maafkan orang tau..orang rasa diri orang aje yang betul..tapi orang sedar yang cakap mak tu ade yang betulnye..kalau tak buat ape mak tegur perangai orang..seorang mak mestilah tak nak anak dia berperangai teruk..tapi orang tengok mak tak pernah jemu-jemu nasihat orang..terima kasih mak..

mak..
orang sedar orang selalu tinggal solat. kadang-kadang tak pernah full solat seharian 5x...tak tinggal subuh mesti tinggal isyak..orang liat bangun pagi..kalau bangun pun orang lewat, tak pun orang mesti terkocoh-kocoh nak pergi bilik air..orang tahu orang ingkar perintah Allah..orang tak layak masuk syurga kalau solat pun tak reti nak jaga. apatah lagi nak lakukan perkara sunat dan sebagainya..orang anak mak yang teruk..orang tahu mak tak henti-henti beri syarahan suruh solat sebab solat tu tiang agama. orang bila tak solat, mulalah tak sentuh Al-Quran..sekali sekala aje orang baca bila orang rajin dan terluang masa..sedangkan perkara tu tak perlu disuruh..sepatutnya orang baca lepas solat..bagi tenteram hati, doakan arwah atuk dan opah kat sane..tapi orang leka..orang alpa..orang tak pernah hargai mak..orang rasa diri orang kerdil aje kat sisi Allah..macam mana orang nak terangkan kubur mak bila mak tiada nanti? 

mak..
orang sayang mak sangat-sangat..orang tahu mak dah susah payah jaga kandungan mak selama 8bulan. mak besarkan orang dengan kesabaran..mak selalu hantar anak mak pergi belajar..berikan duit belanja..kenyangkan perut anak mak sebelum pergi menuntut ilmu..penuhkan kemahuan anak mak..anak mak nie aje yang nak itu, nak ini..tak reti bersyukur..tak hargai mak..orang tengok mak yang susah payah bekerja siang dan malam untuk cari duit untuk besarkan anak-anak mak..orang tak risau time mak sakit..orang jaga halai balai..kalau pakwe orang sakit..orang punyalah take care dengan dia..apalah kann..orang anak mak yang teruk..

mak..
kadang-kadang orang rasa mak tak sayangkan orang..bila mak marah orang balik lewat..marah orang tak solat tak mengaji..marah orang keluar rumah..marah orang berkawan dengan lelaki..marah orang tak makan..marah orang asyik merajuk..marah orang bawak scoot laju-laju..marah orang tak memasak..marah orang sebab degil..marah orang bergaduh..marah orang tak telefon mak bila jauh..marah orang boros..marah orang sebab tak tutup kipas dan lampu dan macam-macam..tapi...orang sedar mak..orang sedar..orang sedar mak marah orang balik lewat sebab takut apa-apa berlaku kat diri orang bila hari lewat senja.yelah sekarang kan dunia penuh kekejaman dan kes-kes rompak, culik dan rogol. orang sedar..mak marah orang tak solat sebab mak tak nak anak mak susah bila perhitungan kat akhirat kelak..orang jugak sedar mak marah orang tak mengaji takut-takut nanti kubur orang tak terang dan diazab..orang sedar mak marah orang keluar rumah sebab mak takut orang alpa bila keluar dengan kawan..orang sedar..orang sedar mak marah orang berkawan dengan lelaki sebab takut salah pilih dan lelaki amek kesempatan kat anak mak nie..orang sedar mak marah orang tak makan sebab orang nak diet kononnye..mak marah sebab orang pernah kena gastrik dulu sampai sakit-sakit masuk hospital..orang tahu mak marah  orang kuat merajuk..takut orang sekeliling tak suka perangai orang yang kuat merajuk nie..tak pun mak takut bakal suami orang nanti tak tahan dengan perangai merajuk orang bila kawen nanti..orang sedar mak mak marah orang bawak scoot laju-laju sebab kalau orang kemalangan teruk nanti..orang sedar mak marah orang sebab orang tak reti memasak..mak takut kalau-kalau bila orang hidup berdikari nanti, orang nak makan apa kalau tak reti memasak? orang nak jaga suami anak macam mana? orang sedar mak marah orang bergaduh  dengan adik beradik bimbang nanti bila mak tak ada,kami akan berpecah belah..mak tak nak kami tak serasi..orang sedar mak marah bila orang tak call mak bila jauh waktu belajar dulu..sebab mak bimbang kalau orang nie berlapar, bersusah, sakit, tak cukup duit ke apa..sebab mak tahu anak mak sorang nie amatlah malu nak minta duit kat mak kann?mak..orang sedar mak marah orang boros dalam urusan duit pergi shopping baju, jeans, kasut, aksesori dan macam-macam sebab mak nak orang berjimat dan pandai menabung kann??mak nak orang pandai urus duit untuk hadapi hidup pada hari seterusnya tanpa bantuan mak..mak orang sedar mak marah orang tak tutup kipas dan lampu sebab mak tak nak kami kena marah dengan abah yang garang kann??mak tak suka kami membazir kerana membazir itu amalan syaitan kann?? 

mak..
orang tahu mak buat tu semua untuk kebaikan diri orang jugakkan? mak aje lah orang yang bersabar waktu besarkan orang..orang doakan mak sejahtera didunia dan diakhirat kelak..orang asyik terkenang pengorbanan mak yang begitu besar..orang bersyukur ada ibu penyanyang macam mak..syukur sangat ade ibu yang mahir memasak macam mak..apa je yang orang nak makan, mak dapat buat..syukur sangat ada ibu yang pemurah macam mak..orang sayang mak...orang tak nak kehilangan mak..muahh orang rasa rindu nak peluk mak..eyahh sayanggggg makk ketat-ketat~ 
anak emak,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan