Reader's yang selalu intai aku :P

tulisan berkilat

Khamis, 7 April 2011

sape kundur??

Rabu, 6 April 2011,

salam semua. nak cite sumthing nie. pernah tengok cite katun PUTIH? haa cite katun nie laa aku buat teater dengan classmate. teater nie lecturer suruh aku uruskan untuk markah assignment. wah! diberi kesempatan nie :D sape tak suke. hee so aku buat la ujibakat cari di antara classmate aku yang pandai pegang watak sebagai mak kundur, mak labu, putih, merah, putera aftus dan lain-lain. before teater tu aku ngan classmate berhempas pulas buat props dan buat reheasel. opkoss laa kalu nak menang 29 sept 2009 :D

sinopsis cite ape sis? haa mehh sis cite cket. dekat sebuah kg nie ade pasangan yang hidup bahagia tetapi tidak mendapat zuriat. so mak labu merelakan sukam untuk berkahwin dengan mak kundur. so setelah kahwin mak kundur dapat la cahaya mata si merah yang bersifat pemalas dan gemuk. maka, mak labu dapat la cahaya mata si putih yang bersifat baik dan cantik. kalu korang nak tau, aku la pegang watak mak tiri. haa satu classmate pilih aku. tengs la dapat gak mengembangkan kebolehan diri. :)) heee

pendek cite korang penah tengok filem klasik 'bawang merah bawang putih'. ekcelli kisah putih nie same macam filem klasik nie. cume cara aku berlakon sebagai watak mak kundur tu bagi lawak. yelaa nak bagi riuhkan suasana dewan. ade satu scene kat dapur, time tu putih terpecahkan pinggan di dapur so mak mundur mengamuk cam harimau and terspeaking london kau. 'udah merah let go..' haha modern bebenor mak kundur nie. hehe
   
next scene kat sungai satu dewan terbahak-bahak tengok gelagat mak kundur. mak labu tengah sibuk basuh kain baju. and then mak kundur datang nak nolong la kunun tapi hampeh, mak kundur tolak mak labu jatuh ke sungai dan jadi ikan kaloi. nahh sumpahan ape la kan? lawak lawakk..

pernah layan cite jangan pandang belakang? time berlakon tu aku ajuk cakap darma opah. 'mari lerr..marii lerr' siyesly aku nak tergelak. tapi tahan je. ade satu part tu aku paksa anak aku si merah untuk minum air asam jawa sedangkan aku bancuh air asam keping sebab asam jawa dah habess. kekeke

at last kteowg dapat 2nd place. dan yang tak bleh blaa nye aku dapat anugerah khas 'pelakon wanita terbaik'. so name mak kundur tu dah melekat kat aku dari first sem n myb sampai last sem. kenangan indah bersama classmate takan terlupa.

2 ulasan: