Reader's yang selalu intai aku :P

tulisan berkilat

Sabtu, 8 September 2012

sibuk..sibukk

Assalamualaikum.

Sekian lama memulaukan blog aku yang makin bersawang nie..banyak perkara yang tersangkut-sangkut untuk diceritakan..sekarang nie barulah ade mase nak mengintai kau blog..huhuhu jgn touching-touching aw. act, aku baru saja menamatkan kehidupan aku kat kolej uniti. banyak pengalaman yang aku kutip dari tahun 2009 hingga 2012..kehidupan nie macam roda..sekejap aku kat atas dan sekejap aku ke bawah. tapi inilah pentas kehidupan! acecece~ segala pahit getir telah pun aku lalui bersama rakan-rakan sekolej. dari tiada kemudahan hinggalah semakin maju uniti nie. alhamdulillah makin banyak perubahan yang telah berlaku sepanjang 3 tahun nie dan dalam 3 tahun nie jugaklah aku dapat kenal ramai orang, pensyarah, anak murid dan kawan-kawan seperjuangan..banyak ilmu dan pengalaman yang ditimba tika mengejar impian untuk menjadi seorang guru tadika. nampak aje mudah tapi bukan senang yer kawan-kawan.

oh ye! dah penghujung semester so kiteorang kena ber'praktikel' dari bulan may 2012 hingge august 2012, aku praktikel sebagai cikgu TABIKA KEMAS TENGKERA, Melaka. tapi semua tu tak sampai 3 bulan. sepanjang tempoh tu banyak yang aku belajar untuk meningkatkan usaha aku  bila jadi seorang pendidik. tahap keyakinan, keberanian dan disiplinkan diri pun kena tinggi. makin lama kerja makin sayang kat students aku..dan dapatlah beramah mesra dengan cikgu bimbing n parents students aku. akhir praktikel aku dapat hadiah dari anak murid yang comel. rasa sebak time berpisah. dorang semua budak baik, dorang pelok dan cium aku waktu last day. rasa nak menangis tetapi aku tahan, tapi bila aku terlihat budak bergenang aje airmata, so terus airmata aku laju mengalir. ade mase kite berjumpa lagi. bye semua, cikgu sayang kamu! :) 

Timbul rasa bersyukur sebab ada family yang selalu support n happykan aku walaupun kami jauh beribu batu. waktu aku hampir jatuh doranglah banyak membantu. terima kasih. Act, time belajar sampai time praktikel macam2 dugaan yang aku harungi. nanti aku cerita kat lain page. tapi semua tu mematangkan pemikiran aku untuk menempuhi cabaran bila berhadapan dengan pelbagai situasi. Ya Allah! kuatkanlah hatiku.

Jumaat adalah penghulu segala hari, dan pada hari yang mulia itu jugalah aku berpisah dengan students, pensyarah, rakan-rakan, dan orang yang mengenali aku sebagai kundur. ye panggilan yang aku sandang dari semester 1 sejak aku berlakon kisah dongeng bagi teater "putih"...hari tu jugaklah aku bergerak balik ke manjung. mujurlah jalan tak jem. aku bergerak pulang dengan myvi yang sarat dengan barang-barang aku. so memang penuh ler myvi. aku penat kemas rumah kakak aku so otw balik dlm myvi aku tertidur. driver aku, chek pun capture gambar aku tido..haha lawak. naseb tak ngange luas cam hippo ;p oh ye! singgah mcD belanje family. dah sampai uma angkat barang masuk bilik, makan kueyteow kungfu mak buat n satay yg abah belikan. alaa kami order dlm telefon otw blik time tu. hehe terima kasih muahhh

18 Ogos 2012 merupakan hari untuk shopping kasut raya dengan chek. sebab abah bagi tiap adik beradik duit poket utk beli barang raya. tenkiu muahh so aku pegi tesco ngan family utk beli kasut raya wedges kat missSpring rm54.90..amboi harge nakk gahh..haha AAK? hehe then pusing2 tesco shopping raya. oh besday dewa today. happy birthday, tak call pon, tapi awak call kire oke laa tuu. huhuhu hah esok rayyaaaa!!! weeee~~~

Hari nie hari raya, pagi raya percaya atau tak, aku pergi puyuh segari tolong nyah bagi makan minum puyuh. haahaaa pengalaman, seronok dapat tolong kakak kesayangan aku nie :) then dah zohor balik bersiap semua adik beradik pakai jubah dari vietnam. hehe semua nampak lawa, dan nampak kurus sebab jubah hitam :p hehe bersalam2 antara abah mak n adik beradik, dapat duit raya, tenkiuuu muahhh pastu kteowg konvoi balik kg.pasir salak...terus menuju taman barzarkh arwah atok nawi. kmudian gerak ke kg. gajah..makam opah n atok omar..ermm rinduu piluu rasenye. Al-Fatihah

Raya Ke-3, semua family belah mak dan abah pun berkumpul..family kami buat kenduri tahlil dan open house kat rumah kami sendiri ade la jugak ajak rakan-rakan n family terdekat untuk bertandang ke teratak en zamri dan pn umi nie. hehe memang penat, macam2 menu dibuat. kek coklat lembab, agar2, laksa, puyuh goreng, rendang, jimmy asmara dan macam-macam. alhamdulillah semua habis dimakan. oh ye! family wan datang beraye. huhuhu so sweet~
gadis terluka

Tiada ulasan:

Catat Ulasan