SAYA NAK KONGSIKAN CERITA NI KEPADA KAWAN2
SEMUA..SAYA COPY DARI SALAH SEORANG RAKAN
BLOGGER ...MMG ELOK BAGI SUAMI BACA NI...
Seorang isteri mengadu pada suaminya…..”bang
badan saya sakit-sakit”….lalu suami berkata….”itu la buat kerja banyak sangat,
sakit urat kot”.
Seorang isteri mengadu…”bang saya rasa pening
rasa nak pitam”…lalu suami berkata….”dah lah tu…makan panadol…..penat sangat
tuh”.
Seorang isteri mengadu…..”bang duit belanja
dapur dah habis”….lalu suami berkata…”aik…kan baru bagi lagi …takkan dah
habis…pening la macam ni”.
Seorang isteri mengadu…”bang saya rasa penat nak
bersama”….lalu suami berkata…”ala asyik penat jer….stress betul”.
Seorang isteri mengadu …..”bang badan saya
kebelakangan ni rasa sejuk-sejuk jer, kenapa?”...lalu suami berkata…..”nak demam
kot”.
Seorang isteri mengajak…..”bang boleh bawak saya
bergi buat check –up tak”…lalu suami berkata….”lain kali la…abang busy…lain kali
kita pergi”.
Seorang isteri memohon…..”bang….boleh bagi saya
cuti satu hari….saya nak berehat…abang bawak anak keluar…saya betul-betul dah
penat”….suami berkata…..”alaaaa…abangpun penat juga”.
Walhal seorang suami waktu cutinya boleh tidur
selama mana diingini…..
Namun suatu hari….
Si isteri merayu sambil menangis….”Bang sempena
hari ibu ni saya nak minta satu permintaan, boleh tolong saya tak? Tolong bawa
anak-anak keluar sekejap tak saya nak tidur”.
Lalu melihat kan airmata dan rayuan isteri tadi
suami bersetuju….”baiklah abang bawak pergi rumah mak…nanti petang abang
balik”.
Namun, sekembalinya suami ke rumah……si isteri
dilihat tidur dengan nyenyak dan apabila dikejutkan si isteri rupanya telah
tidur untuk selamanya…..
Akhirnya suami tadi sedar tapi segalanya dah
terlambat baginya….
SAYANG….abang mintak maaf….
Bila SAYANG mengadu sakit2 badan…. Abang
sangkakan SAYANG sakit urat…..tapi penyakit itu telah menular dan menyakiti
SAYANG di segenap nadi SAYANG….
Bila SAYANG mengadu pening dan rasa nak
pitam…abang sangkakan…..penyakit biasa dan suruh SAYANG telan panadol
jer….
Bila SAYANG mengadu duit belanja dapur dah
habis…abang bising cakap abang pening kepala pikul beban sorang-sorang…walhal
SAYANG juga pening memikirkan macamana nak berjimat sampai SAYANG nak beli
keperluan SAYANGpun tak cukup….sampai SAYANG nak beli barang-barang peribadi
SAYANG pun susah….sampai SAYANG nak menggantikan pakaian dalaman SAYANG sebulan
satu pun tak der….
Bila SAYANG mengadu penat nak bersama…..abang
selalu marah2 dan berhasrat nak cari lain…walhal sel-sel badan SAYANG dah x
mampu nak tanggung beban tugas seharian SAYANG di rumah….
Bila SAYANG ajak abang pergi buat check
up…..abang kata abang sibuk walhal kerja opis abang tak pernah habis…..dan masa
yang ada kekadang abang tolong kawan-kawan…..
Bila SAYANG mengadu rasa sejuk2 badan dan abang
kata nak demam rupanya itu tanda-tanda SAYANG dah nak pergi…..
Bila SAYANG mengadu nak cuti sehari….sebagai
majikan SAYANG …abang tak pernah bagi cuti walau setengah hari…..kesian SAYANG
….
SAYANG…maafkan abang….abang tak pernah nampak
semua kesakitan yang SAYANG alami tuh….kuatnya SAYANG hadapi setiap kesakitan
itu plus dengan kerenah abang dan anak-anak. Abang tak pernah hirau nak baawak
SAYANG ke klinik buat full body check up kerana abang ingat semua tu sakit
biasa. Nampak sayang sentiasa sihat dan tersenyum waktu abang balik…Cuma sayang
mengadu macam tuh jer…..
Maafkan abang kerana tak pernah ambil serius
kesihatan SAYANG …..Namun….semuanya dah terlambat…. SAYANG dah pergi untuk
selamanya….segalanya takkan berpatah balik….Sekarang selama seminggu pemergian
SAYANG …..abang ambil cuti menguruskan anak-anak dan abang rasa keletihan dan
kelelahan SAYANG …..bagi abang kerja di opis masih juga ada waktu abang
berehat….agaknya sebab tulah SAYANG penat sangat….
Maafkan abang kerana semuanya sudah terlambat…….
~TERSENTUH HATI TIAP KALI MEMBACANYA~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan