Reader's yang selalu intai aku :P

tulisan berkilat

Selasa, 11 September 2012

Segulung Diploma, Tenkiu ALLAH

Pic candid di bangunan Putrajaya :)


Assalamualaikum, syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurnianya aku telah menamatkan zaman belajarku dengan segulung Diploma. Alhamdulillah segala penat lelah aku selama 3 tahun nie telah membuahkan hasil. Pada 30 Ogos 2012, aku telah grad di Putrajaya International Convention Centre (PICC).
   Wow! so exited. Akhirnya Kolej Uniti telah melebarkan sayapnya. hehehe Merasa jugaklah grad kat tempat orang yang boleh dikatakan famous. Bangunan dan jalan raya di PICC sungguh menarik kau memang the boom lah. Sampai abah selalu terlanggar lampu isyarat merah gara-gara pening dengan kecanggihan alam. Aku pergi sane dengan kedua emak dan abah tercinta dan dua adik kesayanganku. Kami bermalam kat IPD, Putrajaya. Kakak sulung aku pulak merupakan setiausaha uruskan konvokesyen aku nie. tenkiu so much :-*
   Waktu konvo tu, aku duduk sebelah Kak Wana dan Syira. Aku tak jumpe budak rumah. Ramai sangat time tu, so crowded -_-" aku pun tak sempat jumpa semua kawan-kawan dan bergambar dengan dorang. ermm sedih rasa hati bila ada someone buat-buat tak nampak aku time bertembung. Hati orang tidaklah kite ketahui. Biarlah Allah yang buka mata dia.
   Tema baju aku warna merah. Punya banyak songeh aku keluar masuk, keluar masuk kat kedai nak survey harga yang terbaik. At last rm160.00 jugak aku melabur untuk baju tu. Nasib baik cantik, aku suka3. So now, time nak ke stage aku berselawat agar semuanya lancar. Aku perlu fokus..fokus! fokus!! Supaya tak tersungkur. Aku lemparkan senyuman untuk tutup rasa gugup. Tapi hanya Allah saja yang tahu betapa gemuruhnya dada aku kat atas stage yang besar lebar tuh. Alhamdulillah, everythings will be gonna okay dari first till the end time konvo tu :)
Ustazah Yuzana, Kak Sara, kakak sulung, aku, emak, Kak Su dan Lokman
   Habis sesi bergambar kat stage dengan semua graduan DPS 2012, aku pun rushing-rushing turun ke ground floor untuk snap picture kat studio bawah sebab jam 3 petang kena pulangkan jubah konvo. Kak Su dan Kak As bagi sejambak ros oren. tenkiu ;-* Kak As tak datang sebab ade hal. Then, kakak sulung aku bagi sejambak ros merah kat aku. tenkiu ;-* Family aku pun bagi sejambak ros merah jugak. Oh tenkiu, sayang korang! ;-* Ustazah Yuzana dan Kak Sara pun bagi bear pink cute sungguh! tenkiu-tenkiuu ;-*
   Alhamdulillah, hari konvo yang sangat seronok. Tapi lagi best kalau semua ahli keluarga dapat pergi. Tapi dua orang kakak tercinta enyah dan ayang tak dapat pergi sebab uruskan bisnes abah. Dan tak lupa juga, termasuk adik kesayangan aku, Ikin..Dia ada percubaan SPM so tak dapat attend jugak. Neway good luck SPM nanti. Awak pasti berjaya! :-) Akhir kata, aku sangat hargai semua yang berlaku pada hari konvoKU.
Salam sayang semua ;-*


Tiada ulasan:

Catat Ulasan