Reader's yang selalu intai aku :P

tulisan berkilat

Jumaat, 14 September 2012

Ya..Hanya aku...

Khamis, 13 sept 2012.
Semalam tahap kesabaran aku dah hilang. yer..memang aku tahan dan bersabar je selama nie. kenapa engkau tikam aku senyap-senyap..! tahap kesabaran aku tu ade batasnya orang yang tak tahu kebenaran cerita mesti fikir aku aje yang salah dan kau yang betul! sedangkan salah tu berpunca dari diri kau tu! apa jenis spesis lah kannn hurmm
Bayangkan bila aku duduk pun, aku masih boleh fikir apa yang dah berlaku. kadang-kadang terdetik jugaklah kat hati kecil aku nie..apa kesalahan besar yang aku dah buat!!?? sampai aku dilayan sebegitu rupa? kau bagitahu aku tentang kesilapan aku bila aku bertanya. tapi aku rasa alasan kau tuh tak relevan dengan apA yang kau perlakukan terhadap diri aku. kenapa kau tak terus terang dengan aku tentang kau tiru hasil kerja aku!? kau fotostat segala titik peluh aku. then, dengan bangga kau buat-buat macam kau tak pernah lakukan. rasa geram dan hilang pertimbangan jugaklah kan. so, aku luahkan perasaan dekat someone yang rapat dan boleh dipercayai. biar habis kredit aku, asalkan perasaan aku tidak membuak-buak.
selama nie aku terlalu mengambil berat tentang perasaan kau, aku akan menghulurkan bantuan bila-bila kau perlu, aku jugaklah yang teman kau bila kau sunyi..time kau tak de kawan, jaga kau waktu kau sakit, makan sama-sama, tengok cerita sama-sama, lepak sama-sama, jalan sama-sama, berborak sama-sama..memang kita terlalu rapat. biar aku je yang terluka dengan sikap kau, asalkan kau gembira. even kita selalu gaduh, tapi tak lama kemudian elok balik. memang kau bantu aku bila aku perlu, sampai aku terasa terhutang budi. terima kasih. aku bukan nak ungkit nie semua, tapi kau yang paksa aku untuk cakap benda nie semua. kau tak boleh ambil kesempatan terhadap aku! umpama kau tikam aku! umpama kau tak ikhlas selama nie! umpama kau tak pernah kenang budi aku...atas pengorbanan yang aku buat terhadap kau, waktu kita sama-sama dulu. mudah betul kau lupakan! kecewa sungguh hati aku! sampai ada ketika tu, kau pentingkan pakwe kau dari aku, bila sms aku..kau tak pernah nak balas, kalau pakwe kau cepat jer kau balas. bukan suami kau pun..bukan seratus ringgit pon kau habiskan untuk balas sms aku yang satu tu!! tapi aku?? mengalah dan selalu fikir positif kau takde kredit. teruskan perangai kau tu, teruslah tepuk tangan bergembira. angkatlah tangan yang kau dah menang..dah menang sakitkan hati aku. tahniah! mungkin hanya aku yang boleh bertahan dengan sikap dan perangai kau..kalau orang lain mungkin tidak. teruskanlah..teruskanlahhh aku akan jauhkan diri dari kau..
aku bukan nak cakap aku macam pari-pari yang tak pernah buat salah. aku hanya manusia biasa seperti kau! tapi kenapa hanya kesalahan aku saje yang kau nampak??? perangai kau yang "campak batu, menyorok tangan tu", menyebabkan aku serik untuk bersahabat. neway tenkiuu kepada somebody yang aku dah call tuh, you're the good listener! tenkiuu jugak kepada readers aku yang bersungguh-sungguh baca entry aku sampai habis. *ntah2 'dia' jugak bace entry aku. fine! kalau rasa bersalah minta maaf dekat aku, oke? aku sebenarnye taknak panjang cerita jugak. sume aku banyak terkilan. so jadikan perkara yang berlaku kepada aku nie sebagai titik permulaan kepada korang untuk "berhati-hati", bila berkawan, bersahabat, bercinta or what ever lahh yerr..okeh dadaaa
salam sayang,
Atiqah Zamri 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan