Reader's yang selalu intai aku :P

tulisan berkilat

Isnin, 5 November 2012

tabahlah awak

entry kali nie saya tujukan buat kawan saya yang amat-amat saya sayang. saya mulanya terkejut tapi bila di fikir semula...tiada manusia yang perfect kat dunia nie..tiap manusia tak lari dari melakukan kesilapan termasuk saya..kisah dulu tu sudah laa biar ia berlalu..kita buka buku baru, hidup baru..saya faham perasaan awak sekarang nie..awak..awak tahu tak tempoh hari saya terima berita buruk tentang awak..awak tau saya touching? ya..saya touching gilaa terima berita tu..mulanya saya fikir yang bukan-bukan. saya tak tahu ape motif orang yang sampaikan berita buruk nie?? kenapa dia buka aib awak pada saya? macam mane dia kenal saya? kenape dia nak buka aib awak..dia perfect sangat ke? dia tak takut dosa ke mengaibkan orang..?? dia tak pernah buat silap ke? kesian saya pada awak. tape awak..saya akan bantu awak.

saya call awak untuk mendapatkan kebenaran. yaa..Allah ternyata benar. awak tak berape ingat kisah tu dah berlalu dua tahun lepas. saya jadi sebak tapi saya tabahkan hati. saya tegur awak sekadar ingin menasihatkan supaya awak sedar. maafkan saya jika kata-kata saya agak menggores. awak..saya tahu awak dah berubah..awak pernah katakan dulu pada saya..saya ingat awak kata, awak nak berubah dan itu kisah lalu..saya percayakan awak..saya tak mahu orang tu jatuhkan awak lagi..mari kita bangkit sama-sama..saya akan bantu awak..jangan bagi orang tu hilangkan keyakinan diri awak..

saya tahu..awak terima berita nie dengan kesabaran walaupun dibaluti kekecewaan dan kegeraman. saya tahu awak tak senang duduk sekarang nie disebabkan orang tu..maafkan saya kawan sebab tak dapat bantu awak sepenuhnya, tapi saya sedia mendengar masalah awak dan membantu awak selagi saya termampu.saya nak awak tahu saya lah kawan awak yang setia ketika awak susah ataupun senang. saya doakan semoga Allah mempermudahkan segala urusan awak. jaga diri baik-baik ye awak..tabahkan hati awak, ade hikmah dengan apa yang berlaku nie.

entry kali nie berbaur kesedihan..perkataan 'saya' dan 'awak' digunakan sekadar ingin melembutkan ayat. entry nie tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang mati. sekian 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan